Friday, November 16, 2012

TAMBUN RESORT, PERAK

Tima kasih pada abang ipar aku coz sudi belanja aku n family ke World Lost Of Tambun, Perak..aku pun tak ingat ler nama penuh dier...sempena besday aku lah ni..hehehehe....kebetulan balik beraya di rumah mak mentua, abang ipar aku ajak ke jalan2..rupa2nya surprise...ke Tambun..anak2 memang hepi n suka sangat ler...ni gambo terkini aku satu family ler....korang layan ajer lah gambo aku ni....dah lama tak update blog...korang layan yer..














 

Thursday, May 17, 2012

PEMERGIAN SEORANG KAKAK...

Salam 1Malaysia sumer...sori lambat update skit kisah ni..bukan aper..banyak sangat perkerjaannyer nak dibuat..apa2 pun takziah untuk keluarga suami aku coz telah kehilangan kakak sulong yang tercinta..diusia yang sangat muda bagi aku..56 tahun..alhamdulillah..takder sakit apa2 setau aku..cuma sakit lutut biasa2 tu ajer..al fatihah untuk arwah...

alkisahnyer macam ni..pada 6 Mei 2012 yang lalu, jam 6.15 pagi, suami aku terima satu panggilan telefon dari abang dier..yakni abang ipar aku yang tinggal di kuantan sama ngan aku ler...mengatakan yang kak long telah tiada..meninggal subuh tadi coz sakit semput..kebetulan sangat2 time tuh aku ader di KL bawak anak2 jengjalan n memang niat hati nak ke ipoh esoknyer (Ahad)..aku ke KL sabtu tu 5.5.2012 dan nak ke ipoh jenguk mak mentua aku n of course kakak ipar aku ni..kak intan coz mak mentua aku selalu kol kata kak intan sakit lutut..aku memang niat nak jenguk dier..tapi apakan daya aku..tak sempat jugak aku nak tengok dier coz dier telah pergi meninggalkan kita orang sumer subuh ahad tu..6.5.2012..memang aku sangat ralat..n sangat2 sedih...aku memang jarang kol dier..bukan aper..tak sampai ati nak kol...setiap kali kol, arwah akan nangis tanya khabar aku n kuarga..walhal aku kol arwah nak tanya perkembangan dier..uhukksss...

aku ader tanya kat anak kedua arwah yakni kak ngah (sorang ajer pun anak pompuan arwah dari 4 beradik)...yang bongsu anak bernikah pada 1.6.2012 ni..uhukkss...ni pun aku sedih coz arwah tak sempat nak datang hari pernikahan anak bongsu dier..arwah sangat2 ambik berat hal pernikahan ni..tapi sedihnyer tak sempat nak tengok...uwaaa...malam sebelum meninggal tu, dier ada kata terasa panas badan n susah nak bernafas...dalam kul 5 pagi macam tu, dier kata nak ke hospital coz tak tahan sesak nafas..sebelum ni arwah memang susah nak ke hospital walaupun dah banyak kali nasihat..kak ngah anak arwah kol mak mentua aku pagi tu minta datang tengok arwah..coz nampak dah lain..mak mentua aku sempat datang subuh tu ke rumah arwah..tak jauh pun rumahnyer...mak mentua aku sempat panggil nama arwah, arwah pandang mak mentua aku sambil pegang tangan mak mentua aku..lepas tu dengan dua kali hembusan nafas...kak intan dah TIADA...ahukksss...sedih gilers...aku jugak kehilangan seorang kakak..yer lah, aku kan takder kakak..dier lah tempat aku bermanja n mengadu..mak mentua usah cakap ler...lagi ler tempat aku bermanja selain dari mak ayah aku ler...masa terima panggilan tu, suami aku dah terdiam..aku tergamam..tak tau nak cakap aper..tak tau nak percaya ke tak..macam mimpi ajer..tapi ini sumer takdir..Tuhan telah tetapkan untuk arwah..dengan tenang dan alhamdulillah, mudah arwah pegi mengadap Yang Maha Satu...semoga roh mu dicucuri rahmat...dan ditempatkah di kalangan orang2 yang beriman..amin...

Ini dier gambo arwah skit2 yang mana ader...aku sayangkan kak long...dan kepada anak2 kak long, smoga tabah menghadapi dugaan..kak ngah...makcik doakan kak ngah tabah n sabar..kuatkan semangat demi adik2 tercinta...makcik ader disamping kak ngah bila kak ngah memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan..dan apa2 ajer lah...

 yang pakai baju putih tu kakak ipar aku, yang baju merah tu pun kakak ipar aku..biras..tak bertudung...

ni masa balik ipoh..pegi mandi2..tengok tuh..airol pun kecik lagi..

Monday, April 30, 2012

GATHERING DSSJUNE99..BEST GILERRRSSS

 ni gambo aku sorang

 ni pun gambo aku sorang..

 tiga dara hotsss...

 ni tiga dara hottessttt..ada tak ayat nih...kahkahkahkah..

 cukup tak 9 orang nih..tq sara...love u sara..auntie rindu sara..(tukang ambik gambo)..

 tq to sara lagik....pandai sara ambik gambo...tq yer..

 perut aku dah sarat time nih..

 ni dier lagi...3 dara cutiest...ahaksss..

 aku tak sudi nak dengar eja kencing si azah tuh..kahkahkah..

 cantik gilers gambo nih..aku suka sangat...

i liiikkkeeee this picture...

DINNER SEMINAR SETIAUSAHA

 aku sorang2 kat karpet merah..

 nojj pun...tak sangka kasut dier cantik bangat...

 jarang dapat tengok zidah berposing maut nih..

 aku ngan black..jgn jeless..

awal2 datang..aku ngan ofismate aku yer...

Thursday, February 23, 2012

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

CUEPACS TUNTUT KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 UNTUK GRED 1 HINGGA GRED 54

Bernama
23/2/2012


PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

Errmm...kalau lulus.....giler seronok...kahkahkahkah...

Wednesday, October 12, 2011

TAHNIAH IZANNNN...

Tahniah kepada kawan aku cik mot ni coz telah selamat melahirkan sorang bebi gal semalam...11.10.11..cantikkan nombor tuh...uhukksss...sama bulan ngan besday aku n gidah...sangat suka...berat 3.01 kg..alhamdulillah...anak n ibu selamat..bertambahlah lagi sorang familyn izan...dah ikut jejak aku nampaknyer...TAHNIAH yer zan....

Monday, August 22, 2011

kalau rezeki tak kemana....

Imbuhan gaji bawah RM3,000
Oleh Nurhayati Abllah

2011/08/22

PEMANDU jalankan kajian dalam Bajet 2012 bantu rakyat miskin

IPOH: Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan.
“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012.
“PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci,” katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.

Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.

Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

“Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.
“Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana,” katanya.