Monday, November 23, 2009

Kembali Ke Office Ku...

salam, n kembali bertemu di ruangan blogger ni setelah dua bulan bercuti...hehehe...sori ler..gambo banyak, tapi tak sempat nak dunlud..keje berlambak ler..datang ajer kejer..uish..sungguh bahagia tengok fail2 yang terlambak di atas meja..kertas2 kerjer yang dari bulan 10 start aku bercuti tersusun tak berapa nak rapi di atas meja n di dalam rak aku tuh...sungguh merangsang nafsu bekerja aku dikala pagi ni...dah lama tak menaip, dah lama tak menatap wajah komputer kesayangan aku ni..dah lama tak dengar riuh rendah deringan telefon..dah lama tak bergurau senda dengan mesin faks..sungguh terharu bila datang kerjer ajer..internet takder...kabel problem..mouse aku yang dulunya ada pelekat gigi..kini sudah tiada menandakan mouse aku telah diambil orang dan digantikan dengan yang lain..sungguh terharu jugak kerana ym tak berfungsi di awal kedatangan aku ke bilik aku ni...semakin terharu kerana pintu bilik aku ditutup rapi dan dikunci menyebabkan aku terjerit pekik di pagi hari suh buka pintu bilik aku ni..kahkahkah..dan terima kasih aku ucapkan kepada ofismate aku anie..kerana menjadi pa aku yang bertauliah kerana sudi memberi taklimat yang serba panjang lebar sekembalinya aku untuk mengambil kembali tugas2 aku nih...dier jugak sempat gelakkan aku kerana kejer aku yang berlambak tak sempat nak ditamatkan riwayatnyer sebab ofismate aku sorang lagi dah bertukar ke putrajaya mengikut suami...ermmm...terpaksalah mereka2 ini buat skit2 sorang keje aku...terima kasih aku ucapkan..
al-maklum ler baru nak start enjin kete ni kan...2 - 3 jam jugak aku mengambil masa untuk memulakan keje dengan effisen n lajunya..otak pun beku dah dua bulan tak memerahnya..asyik jadi surirumah yang berjaya ajer...masak pun dah terrer..keje umah pun dah terlebih xpert...lajunya mengalahkan jet ajer buat keje...
apa2 pun gambo nanti aku dunlud...esok sambung citer..suami aku dah terpekik2 di corong2 telefon suh balik..ok semua..cau cin cau...

1 comment:

~aSHa~ said...

ha rajin2 la lepas ni mengapdet