Friday, July 16, 2010

TABUNG BERSAMAMU LYA

Bismillahirrahmanirrahim............


Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.

p/s : entry nih copy paste dari blog ain... tima kasih ZUE...tq yer zue..memperkenalkan kisah ni kat emie..
semoga usaha kita dapat membantu Lya dan family.... sama2 kita doakan yg terbaik utk Lya k..
 
walaupun tak ramai yang datang jenguk blog aku ni..tapi aku tetap terpanggil untuk publishkan kisah lya ni dengan harapan ada yang sudi membantu dalam diam...amin..

No comments: