Friday, May 6, 2011

A Story To Share...

seriously I cry each and every time I read this..

     Just feel like sharing (with Breast Feeding mommies especially)..
           
Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah
yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar
ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang  menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat.

Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.
 
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan  lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk  dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.
   
Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
                         
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
 
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.

Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan
kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
 
Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya  berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam
ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur
dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.
 
Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada  ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu.
 
Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini.
                                  
Sekian.







2 comments:

.:fyzz:. said...

emie...syahdunya..sedih emie aku baca kisah nih..ya Allah...betapa besarnya kasih seorang ibu...selamat hari ibu buat ko jugak emie...

{ e'mie } said...

HEHEHE...tq..tq..